Cara Mengatasi SIM Card tidak Terbaca Selepas Kemas Kini iOS 16

oleh Dzafri Ahmad   Dikemas kini pada 10-24-2022 / Dikemas kini untuk  iOS 16

Selepas iOS 16 dilancar, semua orang tidak sabar untuk kemaskini iPhone mereka kepada versi iOS yang terbaru ini. Malangnya, sesetengah pengguna iPhone tidak begitu bernasib baik kerana peranti mereka tidak dapat mengesan card SIM selepas kemas kini.

5 Cara untuk Baiki Isu Card SIM Tidak Dapat Dikesan Oleh iPhone

Jika iPhone anda tidak dapat mengesan kad SIM selepas kemaskini iOS 16, artikel ini akan tunjukkan cara untuk baiki isu kad SIM tidak dikesan dalam iPhone.

1. Aktif dan matikan Mod Kapal Terbang

Apabila iPhone anda tidak mengesan kad SIM, perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah aktif dan matikan mod Kapal Terbang. Mod ini akan hentikan penerimaan isyarat dan internet pada iPhone anda apabila di aktif. Dengan ikut langkah ini, kad SIM anda mungkin boleh dikesan.

Untuk hidup dan matikan mod Kapal Terbang, anda hanya perlu pergi ke Pusat Kawalan iPhone anda.

turn off airplane

2. Mula semula iPhone Jika Kad SIM Tidak Dapat Dikesan

Jika kad SIM iPhone tidak dapat dikesan, mula semula peranti anda mungkin boleh selesai masalah ini. Untuk mula semula iPhone anda, sila ikut langkah di bawah.

  • Tekan dan tahan butang "Naik atau Turun Kelantangan" dan butang "Sisi" untuk beberapa saat sehingga anda dapat lihat butang mati pada skrin anda.
  • Tarik peluncur dan iPhone anda akan dimatikan selepas 30 saat.
  • Sekarang, mula semula iPhone dengan tekan dan tahan butang "Sisi" sehingga logo Apple dipaparkan pada skrin.

    restart iphone
  • Bacaan berkaitan Mengatasi iPhone Stuck di Logo Apple.

3. Keluar dan Masuk semula Kad SIM

Kadangkala, anda mungkin menghadapi masalah dengan kad SIM yang tidak dikesan oleh iPhone kerana kad itu tidak dimasukkan dengan betul. Di sini, anda perlu mencari dulang kad SIM pada iPhone anda. Keluarkan kad SIM dari dulang dan masuk balik. Semasa anda masuk balik dulang kad SIM, anda mesti pastikan dulang ditutup dengan sepenuhnya.

reinsert sim card

4. Semak Kemaskini Tetapan Pembekal Rangkaian

Dalam beberapa situasi, kegagalan untuk mengemas kini tetapan pembekal rangkaian mungkin salah satu punca untuk kad SIM yang tidak dapat dikesan pada iPhone anda. Untuk semak sebarang kemas kini tetapan pembekal rangkaian, sila ikut langkat berikut:

  • Cari aplikasi "Tetapan" pada iPhone anda.
  • Pergi ke "Umum" dan cari "Tentang". Jika ada sebarang kemas kini, anda akan dapat notifikasi "Kemas Kini" atau "OK".

    carrier update

5. Tetap Semula Semua Tetapan untuk Membaiki Isu Tiada Kad SIM Dikesan Oleh iPhone

Jika iPhone anda tidak dapat mengesan kad SIM, anda boleh cuba untuk tetapkan semula semua tetapan. Sila ambil perhatian cara ini akan kembali peranti anda kepada tetapan rangkaian lalainya, tetapan lokasi, papan kekunci, tetapan peribadi, dan lain-lain. Dalam kebanyakan situasi, cara ini boleh selesaikan isu tersebut.

  • Pergi ke aplikasi "Tetapan" pada peranti anda dan kemudian pergi ke bahagian Umum > Tetap Semula.
  • Di sini, anda perlu pilih "Tetap Semula Semua Tetapan".
  • Anda mungkin perlu masukkan kod laluan jika ada. Sila buat sedemikian untuk sambung ke langkah seterusnya.
  • Notifikasi akan muncul di bahagian bawah skrin peranti anda yang papar "Tetap Semula Semua Tetapan". Tekan padanya untuk selesaikan proses.

    reset all settings

Kini, anda telah berjaya tetap semula semua tetapan pada iPhone anda.

Cara Mengatasi No SIM pada iPhone

Adakah iPhone anda tidak mengenali kad SIM selepas mencuba semua kaedah di atas? Sistem iOS mungkin mempunyai beberapa pepijat atau isu lain yang menghalang peranti anda daripada mengecam kad SIM. Untuk menangani cabaran ini, adalah penting untuk membaiki sistem iOS. Tenorshare ReiBoot ialah alat yang semua orang boleh digunakan untuk membaiki semua jenis masalah iOS.

Perlu diingatkan bahawa Tenorshare ReiBoot menggunakan dua mod - Pembaikan Standard dan Pembaikan Dalam. Walaupun kedua-dua mod boleh membaiki masalah iOS, Pembaikan Dalam akan memadamkan semua data pada iPhone anda. Jadi, untuk mengelakkan kehilangan data, kami akan menerangkan cara menggunakan mod Pembaikan Standard ReiBoot.

  • Muat turun, pasang dan buka Tenorshare ReiBoot. Sambungkan iPhone anda ke komputer dengan ReiBoot. Selepas iPhone telah dikenali oleh alat, tekan "Mula" pada halaman pertama alat.

    launch reiboot
  • Untuk membaiki isu iOS tanpa kehilangan data, anda perlu tekan pilihan "Pembaikan Standard".

    fix now
  • Muat turun pakej perisian tegar terkini.

    download firmware
  • Selepas memuat turun fail perisian tegar, pilih "Mulakan Pembaikan Standard". Ini akan memulakan proses pemulihan yang akan ambil beberapa minit.

    start standard repair

Masih Tidak Dapat Mengesan Card SIM? Cuba Card SIM Lain

Adakah tiada kad SIM dikesan oleh iPhone selepas membaiki sistem iOS? Cip kad SIM anda berkemungkinan rosak dan, oleh itu, tidak dapat berfungsi lagi. Malangnya, anda mungkin tidak dapat melakukan apa-apa untuk membetulkan kad SIM. Jadi, anda lebih suka mencuba kad SIM lain pada iPhone. Anda sepatutnya boleh meminta kad SIM baharu daripada pembawa anda dengan mudah.

Kesimpulan

Jadi, jika kad SIM tidak dikesan pada iPhone, anda boleh menggunakan Tenorshare ReiBoot untuk membetulkan sebarang kemungkinan isu sistem iOS atau mencuba kaedah lain yang diserlahkan di atas. Semua kaedah ini pantas digunakan dan tidak memerlukan sebarang kemahiran khas.

  Dikemas kini pada 10-24-2022 / Dikemas kini untuk  iOS 16

(Klik untuk menilai artikel ini)

(0 untian, purata: 5.0 daripada 5 )

Sertai perbincangan dan kongsi fikiran anda di sini