Pusat Khidmat Pelanggan Tenorshare
Membantu Anda dengan Berkesan & Pantas
Panduan Produk Kami
Kod Pendaftaran
? Kenapa saya tidak menerima kod pendaftaran E-mel selepas pembelian?
Secara umumnya, anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan dalam masa satu jam selepas pesanan diproses dengan jayanya. E-mel pengesahan adalah termasuk perincian pesanan anda, maklumat pendaftaran dan URL muat turun. Sila sahkan anda telah membuat pesanan dengan jayanya dan semak fail SPAM yang berkemungkinan ia dikesan sebagai SPAM.
Jika anda tidak menerima e-mel pengesahan walaupun selepas 12 jam, ia mungkin disebabkan oleh masalah internet atau ralat sistem. Sila hubungi Support Team kami dan lampirkan resit pesanan anda. Kami akan balas dalam masa 48 jam.
Jika kod hilang ketika komputer rosak atau ditukar, anda boleh pergi ke halaman ini untuk ambil semula kod pendaftaran anda.
? Bagaimana untuk mendaftar perisian Tenorshare?
Jika anda beli produk, anda akan dapat lesen berdaftar dan alamat emel dalam emel anda. Semak emel dengan tajuk seperti ini: Penghantaran Maklumat untuk_Tenorshare XXXXXXX.
Lesen ID adalah alamt emel anda, dan kunci lesen (Kod Pendaftaran) kelihatan seperti ini: EDB258-XXXXXX-XXXXXX-XXXXXX-XXXXXX..
Sebelum anda daftar
1. Butang Daftar secara amnya terletak pada kanan atas Menu Tetapan.
2. Langkah-langkah tersebut menyokong kebanyakan produk Tenorshare.
Bagaimana untuk Daftar Produk Langkah demi Langkah (Versi Windows)
-
Bukan paparan Pendaftaran pada produk yang anda beli.
-
Salin dan letakkan Alamat E-mel Anda (Alamat E-mel Pembelian)), dan selepas itu salin dan letakkan Kod Pendaftaran (Kunci Lesen) dalam kotak teks berkenaan untuk daftar.
-
Akhir sekali, produk anda telah didaftarkan dengan jayanya. Sila nikmati versi penuh.
Jika anda masih tidak tahu bagaimana untuk daftarkan perisian atau mahu tahu bagaimana untuk mendaftarkan produk dengan versi Mac, atau lain-lain. Anda boleh pergi ke bagaimana untuk menggunakan kod bagi mendaftarkan perisian Tenorshare.
? Apa patut saya lakukan jika kod pendaftaran tidak sah?
Pastikan anda telah membuat pesanan produk yang betul. Salin dan Letakkan E-mel pendaftaran dan kod pada kotak pendaftaran. Sila beri perhatian yang emel pendaftaran adalah peka huruf-besar, pastikan semua huruf adalah huruf kecil.
? Apa yang perlu saya lakukan Jika kod pendaftaran tamat tempoh?
Semak jika langganan anda telah dibatalkan, jika ya, anda boleh memohon ke platform pembayaran kami untuk kemaskini. Kod pendaftaran akan terus menjadi sah selama mana langganan anda aktif.
? Apa yang perlu saya lakukan jika tiada rekod pesanan untuk emel saya?
Semak jika anda menggunakan emel yang sama dengan yang anda daftar masuk pada halaman pembayaran untuk penghantaran. Pergi ke bahagian Kod Pendaftaran, masukkan emel pesanan anda, tekan cari untuk dapatkan penghantaran.
Soalan Lazim Pesanan
? Adakah selamat untuk membeli dari laman web anda?
Ya, jangan risau. Privasi anda dijamin oleh kami apabila anda melayari laman web kami, memuat turun produk kami atau membuat pembelian atas talian. Dan Tenorshare tidak akan hantara mana E-mel yang menggunakan Bitcoin sebagai transaksi kepada para pengguna kami dalam apa cari sekalipun. Sila jangan percaya.
? Bagaimana untuk Batalkan Langganan?
Untuk membatalkan langganan anda dengan pantas, anda sentiasa boleh menghubungi pasukan sokongan kami. Kami akan maklum balas dalam masa 24 jam pada hari minggu dan 48 jam pada hari cuti.
Anda juga boleh membatalkan langganan anda. Langkah-langkahnya berbeza bagi platform yang berbeza. Sila klik pautan di bawah untuk ketahui langkah-langkah spesifik untuk membatalkan langganan
https://www.tenorshare.my/faq/how-to-cancel-subscription.html
? Apakah polisi pengembalian wang?
Tenorshare menghargai setiap pelanggan yang datang kepada kami dan meletakkan kepuasan para pelanggan sebagai keutamaan yang teratas. Untuk mencapai perkara ini, kami bekerja tanpa henti untuk menyediakan pelanggan pengalaman yang menyenangkan dengan servis dan perisian lebih baik. Permintaan pengembalian wang diurus melalui pasukan sokongan kami, yang mana boleh dicapai dengan menghantar borang atas talian: (Menghantar Borang Atas Talian). Kami melakukan yang terbaik untuk mengekalkan masa maklum balas di bawah 24 jam untuk menyelesaikan isu anda dengan pantas dan tanpa sebarang komplikasi.
Keadaan-keadaan yang layak untuk pengembalian wang:
- 1. Pembelian pendua
- 2. Pesanan salah diikuti dengan memesan produk yang betul dari Tenorshare.
- 3. Isu-isu teknikal penting dengan perisian yang tidak dapat diselesaikan dalam masa 30 hari
Keadaan-keadaan tiada pengembalian wang:
- 1. Bertukar fikiran selepas pembelian
- 2. Sebahagian daripada bundle
- 3. Tidak menerima e-mel pengesahan pesanan dan kod pendaftaran, dan tidak mencuba sokongan atas talias atau menghubungi bantuan staf.
- 4. Permintaan pengembalian wang untuk masalah teknikal, tetapi gagal untuk memberi kerjasama dengan menyediakan perincian untuk penyelesaian masalah.
- 5. Permintaan pengembalian wang ketidakpuasan berpunca dari salah faham fungsi dan kebolehan produk.
- 6. Pembelian produk yang salah, diikuti dengan pembelian produk-produk dari syarikat lain.
Kesemua perisian Tenorshare boleh diuji dengan muat turun percubaan percuma. Versi percubaan menawarkan ciri-ciri terhad untuk ujian percuma bagi membantu menentukan sama ada perisian berfungsi seperti yang dijangkakan dan memenuhi permintaan pembeliaan. Sebagai contoh, dalam siri UltData, anda boleh imbas dan pratonton data secara percuma, tetapi untuk memulihkan fail-fail, anda perlu beli lesen
? Apa itu Perlindungan Muat Turun?
Perlindungan Muat Turun adalah servis tambahan yang disediakan oleh rakan pembayaran kami, yang menyimpan salinan sandaran perisian yang anda beli dalam server untuk dua tahun. Semak maklumat lebih lanjut di sini.
Ianya tidak perlu untuk membeli servis ini sejak kami kemaskini perisian secara berkala dan sentiasa menyediakan muat turun dan kemas kini percuma untuk para pelanggan. Klik butang Keluar di troli membeli belah dan kemas kini harga untuk tidak dicaj bagi servis ini.
? Apa polisi kemas kini?
Kami menyediakan kemas kini percuma untuk para pelanggan. Jika kemas kini memerlukan kod pendaftaran baru, sila hubungi pasukan sokongan kami dan lampirkan maklumat pesanan anda untuk jawapan yang pantas.
? Apa yang perlu saya lakukan jika saya tersalah beli produk?
Sila buat pesanan produk yang betul, selepas itu Pergi ke bahagian pautan berguna, klik Hubungi kami, hantar tiket untuk permintaan pengembalian wang bagi pembelian yang salah. Jika produk yang anda mahukan mempunyai harga sama dengan yang salah, anda boleh dapatkan staf sokongan kami untuk pertukaran secara langsung.
? Apa yang perlu saya lakukan jika pembayaran tidak berjaya?
Kosongkan cookies pelayar anda, pastikan sambungan rangkaian adalah baik. Jika boleh, tukar ke cara pembayaran lain dan cuba buat pesanan lagi.
? Apakah jenis cara pembayaran yang boleh saya guna?
Anda boleh buat pembeliaan mana-mana produk menggunakan PayPal, VISA, Master Card, America Express, Wire Transfer, Giro Pay, JDB, lain-lain
? Bolehkah saya menilai percubaan percuma sebelum beli?
Ya, semua produk mempunyai percubaan percuma di halaman-halaman produk untuk anda menilai sebelum memberli. Jika anda mempunyai persoalan tentang fungsi, sila hubungi pusat sokongan kami.
? Apakan had-had dalam percubaan percuma?
Percubaan percuma diletakkan had pada fungsi-fungsinya, bukan jangka masa percubaan, di mana anda boleh menilainya dengan fungsi-fungsi terhad selama mana yang anda mahu. Anda boleh menaik taraf ke versi penuh untuk mendapatkan kelebihan kesemua ciri-ciri yang hebat.
Muat turun & Pasang
Panduan Penggunaan Produk
- Bagaimana untuk Memulih Data dari Sandaran iTunes
- Bagaimana untuk Tetapan Kilang Semula iPhone 11/11 Pro(Max)
- Bagaimana untuk Mengosongkan Cache Sistem Android
- Pemindahan/Sandar/Pulih/Eksport WhatsApp & WhatsApp Business
- Bagaimana untuk Memulih Data Hilang dalam Peranti Android
- Bagaimana untuk Menyingkirkan Kod Laluan Masa Skrin
Tidak jumpa jawapan anda?
Usah risau. Hubungi pasukan sokongan kami yang sedia untuk membantu. Anda boleh hantar borang atas talian di sini.. Kami akan membalas anda dalam masa 24 jam pada hari perniagaan.
Kod Pendaftaran Anda telah dihantar ke [email protected] anda boleh pergi semak emel