Cara Backup WhatsApp ke Google Drive

oleh Dzafri Ahmad   Dikemas kini pada 08-01-2022 / Dikemas kini untuk  Tentang WhatsApp

Sebagai salah satu aplikasi pemesejan segera yang paling popular, kebanyakan orang (termasuk anda) ada guna aplikasi ini untuk setiap aspek kehidupan. Anda mungkin guna untuk berkomunikasi dengan rakan dan ahli keluarga atau pun untuk perbualan berkaitan kerja atau perniagaan. Ini bermakna WhatsApp mungkin mengandungi banyak maklumat sensitif yang kadangkala amat penting.

Oleh itu, anda perlu backup chat WhatsApp anda untuk mengelakkan data dari hilang. Cipta sandaran WhatsApp Google Drive ialah salah satu cara anda boleh melindungi data anda daripada kehilangan data. Dalam artikel ini, kami membimbing anda melalui proses membuat sandaran data pada Google Drive.

Perkara yang anda perlu buat untuk Backup WhatsApp di Google Drive

Sebelum kami sampai ke proses sandaran semua data WhatsApp anda ke Google Drive, anda perlu penuhi syarat-syarat yang tertentu termasuk yang berikut;

  • Langkah pertama, aktifkan akaun Google anda. Jika anda sudah sedang guna akaun Google, ia sepatutnya sudah aktif. Tetapi jika anda sudah lama tak guna, sila guna sedikit masa untuk aktifkan akaun anda. Anda mungkin perlu log masuk dulu.
  • Pastikan ada ruang storan yang mencukupi pada peranti anda. Anda boleh padam foto dan media lain jika perlu untuk dapat lebih banyak ruang.
  • Anda juga perlu pastikan bahawa anda ada ruang storan yang mencukupi pada Google Drive anda. Biasanya, anda perlu ada sekurang-kurang 5GB ruang storan. Anda mungkin perlu beli storan tambahan jika tidak cukup.
  • Akhir sekali, pasang aplikasi Google Drive pada telefon anda untuk tujuan penciptaan sandaran.

Cara Backup Data WhatsApp di Google Drive

Selepas lakukan langkah diatas, sudah tiba masa untuk buat sandaran data WhatsApp ke Google Drive. Panduan yang ringkas ini akan membantu anda buat sandaran yang amat penting.

  • Buka WhatsApp pada peranti anda dan kemudian tekan tetapan
  • whatsapp settings
  • Tekan pada "Mesej" dan pilih "Sandaran Mesej."
  • whatsapp chat backup
  • Tekan pada "Google Drive" dan kemudian pilih kekerapan anda ingin sandarkan mesej WhatsApp.
  • backup to google drive

Kaedah Backup Whatsapp ke Google Drive Secara Manual

Langkah-langkah di atas akan menetapkan jadual sandaran automatik untuk data WhatsApp anda ke Google Drive. Seterusnya ialah cara anda boleh buat sandaran sembang secara manual;

  • Buka WhatsApp pada peranti anda dan kemudian tekan pada tiga titik untuk buka pilihan. Pilih Tetapan > Mesej > Sandaran Mesej dan anda akan dapat lihat pilihan untuk buat sandaran ke Google Drive.
  • chat whatsapp backup
  • Untuk buat sandaran data mesej secara manual ke Google Drive, pilih pilihan "Apabila saya tekan "Sandarkan" untuk kekerapan sandaran.
  • backup frequency whatsapp

Walaupun Google Drive berikan kaedah yang bagus dan selamat untuk buat sandaran semua data anda, ia masih ada beberapa kelemahan. Salah satu ialah anda perlukan sambungan internet untuk buat sandaran dan pemulihan. Anda juga perlukan ruang storan yang tertentu pada kedua-dua peranti dan Google Drive untuk kaedah ini.

Berita baik ialah ada kaedah yang lebih mudah dan berkesan untuk buat sandaran bukan sahaja untuk data WhatsApp sahaja, tetapi juga termasuk semua data pada peranti anda. Kaedah ini ada dalam bentuk aplikasi alat pihak ketiga yang dikenali sebagai iCareFone Transfer. Alat ini boleh membantu anda melindungi data pada peranti anda dengan membenarkan anda buat sandaran untuk semua data pada peranti anda. Ciri terbaik alat ini ialah backup data WhatsApp secara percuma.

icarefone
Urus Mesej WhatsApp Anda Dalam Perjalanan Anda
  • Pindahan WhatsApp dari iPhone 14 ke Android secara fleksibel;
  • Pindahan WhatsApp dari iPhone ke iPhone 14 secara fleksibel;
  • Sandaran iPhone WhatsApp ke PC/Mac Dengan Bebas dan Mudah;
  • Pulihkan Sandaran WhatsApp ke iPhone, iPad, Android;

  Dikemas kini pada 08-01-2022 / Dikemas kini untuk  Tentang WhatsApp

(Klik untuk menilai artikel ini)

(0 untian, purata: 5.0 daripada 5 )

Sertai perbincangan dan kongsi fikiran anda di sini