[Terbaik] Cara Pindahkan WhatsApp ke HP Baru

oleh Dzafri Ahmad   Dikemas kini pada 08-01-2022 / Dikemas kini untuk  Tentang WhatsApp

Jika anda seorang yang ingin tahu cara pindahkan WhatsApp ke HP baru, artikel ini ditulis untuk rujukan anda. Selepas anda baca, anda akan dapat maklumat yang berguna tentang pemulihan mesej WhatsApp anda.

Bahagian 1 : [Android ke Android]Cara Memindahkan WhatsApp ke HP Baru tanpa Menghilangkan Chat

Dalam bahagian ini, anda akan belajar tentang cara memindahkan data Whatsapp ke telefon baru (dari telefon Android lama kepada telefon Android baru) dalam 4 cara yang mudah dan berkesan. Sekarang, mari kita lihat bagaimana untuk melakukannya di sini.

Cara 1. Kaedah Pulihkan Mesej Whatsapp pada Telefon Baru Google Drive

Kaedah untuk pulihkan mesej WhatsApp dalam telefon baru guna Google Drive agak rumit sikit. Anda perlu buat beberapa langkah untuk kaedah ini. Anda boleh rujuk panduan di bawah:

  • Hapus dan pasang semula WhatsApp.
  • Buka WhatsApp dan sahkan nombor anda.
  • Apabila mesej dipapar, tekan PULIHKAN untuk pulihkan mesej dan media anda daripada Google Drive.
  • Selepas proses pemulihan selesai, tekan SETERUSNYA. Mesej anda akan dipaparkan setelah proses pindahan selesai.
  • WhatsApp akan mula memuat fail media anda selepas mesej anda dipulihkan.

    how to transfer whatsapp messages to a new phone

Cara 2. Cara Memindahkan Akun Whatsapp ke HP Baru dengan Sandaran Tempatan

Jika anda ingin tahu cara untuk pulihkan mesej WhatsApp dalam telefon baru, anda ada di tempat yang betul. Anda perlu memastikan anda telah buat sandaran sebelum ini untuk dapat semula fail anda. Kemudian, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah untuk mulakan proses pemulihan.

  • Langkah 1: Pasang semula WhatsApp. Jika anda sudah pasang WhatsApp pada peranti anda, sila nyahpasang dan pasang semula melalui Google Play Store.
  • Langkah 2: Mulakan Proses Pemulihan. Selepas anda selesai proses pemasangan semula, silah mengesah butiran anda, seperti dalam proses sandaran Google Drive. Kemudian, tekan butang Pulihkan dan tunggu sedikit masa untuk dapat semula data diambil semula daripada fail yang disandar.

    how to transfer whatsapp messages to a new phone

Cara 3. Cara Memindahkan Whatsapp ke HP Baru tanpa Google Drive (dengan Sandaran Tempatan Yang Lama)

Jika anda ingin memulihkan mesej Whatsapp anda melalui pilihan ini, sila ikut langkah di bawah:

  • Muat turun aplikasi pengurus fail.
  • Dalam aplikasi pengurus fail, pergi ke bahagian sdcard/WhatsApp/Pangkalan Data. Jika data anda tidak disimpan pada kad SD, anda mungkin boleh cari "storan dalaman" atau "storan utama" selain kad sd.
  • Nama semula fail sandaran yang anda ingin pulihkan daripada msgstore-YYYY-MM-DD.1.db.crypt12 kepada msgstore.db.crypt12. Ada kemungkinan sandaran yang lebih lama mungkin gunakan protokol yang lebih awal, seperti crypt9 atau crypt10. Jangan tukar nombor sambungan crypt.
  • Nyahpasang dan pasang semula WhatsApp.
  • Tekan PULIHKAN apabila terima notifikasi.

Cara 4. Cara Pindah WhatsApp ke HP Baru tanpa Hilang Chat dengan iCareFone Transfer [Paling Disyorkan]

Tenorshare iCareFone Transfer ialah salah satu cara terpantas untuk pindah, Sandarkan & Memulihkan Data WhatsApp Business & WhatsApp Anda. Aplikasi ini boleh dipercayai. Ia boleh membantu anda pindah mesej WhatsApp antara Android & iPhone dengan mudah. Ia ialah alat yang paling disyorkan untuk pulihkan mesej Whatsapp pada telefon baru. Untuk menggunakan aplikasi, sila ikut langkah di bawah:

  • Tekan ‘Transfer’. Anda akan dapat mesej pop timbul. Baca mesej dan terima syarat yang dipapar.

    how to restore whatsapp on new phone
  • Sekarang perisian akan mula menyandarkan data WhatsApp pada peranti lama anda. Tunggu beberapa minit untuk proses ini selesai.

    how to restore whatsapp chat in new phone
  • Sekarang program akan dapatkan data WhatsApp daripada peranti lama. Sila tunggu sebentar.

    how to transfer whatsapp messages to a new phone
  • Kemudian, data seluruh akaun WhatsApp anda dipindahkan ke telefon Android baru.

    how to restore whatsapp chat in new phone

Itulah cara untuk memulihkan mesej whatsapp lama pada telefon baru.

Bahagian 2 : [iPhone ke iPhone]Cara Memindahkan Data iPhone Lama ke iPhone Baru

Bagi sesetengah pengguna iOS, kaedah untuk memulihkan mesej WhatsApp dalam telefon baru pun tak sukar sangat jika anda ada buat sandaran WhatsApp ke iCloud. Jika anda tidak ada sandaran WhatsApp, kami akan ajar anda satu lagi cara terbaik untuk membantu anda.

Cara 1. Pulihkan Data WhatsApp dari Sandaran iCloud

Sebelum mulakan proses ini, semak dahulu sama ada sandaran iCloud sudah wujud pada akaun anda. Pergi WhatsApp> Tetapan> Mesej> Sandaran Mesej untuk semak. Kemudian, nyahpasang dan pasang semula WhatsApp dari App Store. Ikut panduan pada skrin untuk lengkapkan proses pemasangan semula.

how to restore whatsapp chat in new phone

Jika anda telah selesai langkah diatas, ikut panduan untuk jalankan proses pemulihan. Dan ikut langkah-langkah di bawah:

  • Log masuk dengan Apple ID, akses iCloud dan hidupkan iCloud Drive.
  • Kemudian, anda mesti ada ruang storan yang mencukupi pada kedua-dua iPhone dan iCloud anda. Anda perlu ada 2.05 kali ganda ruang storan dalam peranti anda berbanding dengan akaun iCloud.
  • Anda mesti guna nombor telefon yang sama untuk proses pemulihan dan Sandaran kerana anda tidak boleh guna akaun WhatsApp yang lain.

Cara 2. Memindahkan Chat WhatsApp ke HP Baru dengan iCareFone Transfer (iCareFone untuk Pindahkan WhatsApp)

Seperti yang kami sebut diatas mengenai kaedah pemulihan mesej WhatsApp dari sandaran iCloud, mari kita tunjuk kadah tanpa sandaran iCloud. Tenorshare iCareFone Transfer ialah perisian yang boleh pindah data WhatsApp antara iPhone dan iPhone. Berikut ialah panduan untuk proses ini.

  • Muat turun dan Pasang iCareFone Transfer. Lancarkan, kemudian sambungkan kedua-dua iPhone ke komputer anda.

    how to restore whatsapp on new phone
  • Kemudian tekan "Hantar" pada skrin, dan akan keluar mesej beritahu bahawa WhatsApp pada peranti sasaran sumber akan diganti. Dan program ini mula cipta sandaran WhatsApp pada peranti sasaran.

    how to restore whatsapp chats on new phone
  • Sebelum anda pulihkan data WhatsApp pada iPhone sasaran, anda perlu log masuk ke WhatsApp pada iPhone baru anda. Selepas anda mengesahkannya, proses pemindahan ini akan selesai.

    how to restore whatsapp on new phone

Bahagian 3 : [Antara Android dan iPhone]Cara Memindahkan Data WhatsApp ke HP Baru

Ramai pengguna iPhone ingin pindah fail mereka dari peranti android. Mereka ingin sedemikian kerana mereka mungkin baru beli iPhone yang baru. Oleh itu, mereka tidak mahu kehilangan rekod mesej mereka. Jadi, mereka akan cuba pulihkan mesej whatsapp mereka ke telefon baru. Jika anda ada sebarang masalah dalam pindah mesej Whatsapp anda, anda boleh ikut langkah dibawah:

  • Lancarkan iCareFone Transfer(iCareFone untuk Pindahkan WhatsApp). Kemudian, sambung kedua-dua peranti pada komputer anda. Dan kemudian tekan 'Hantar' untuk sambung.

    how to restore whatsapp on new phone
  • Terima maklumat pada skrin pop timbul dengan tekan ‘Ya’ untuk sambung ke langkah yang seterus.

    how to transfer whatsapp to new phone
  • Kemudian, sandarkan data WhatsApp anda pada peranti lama anda ikut arahan tangkapan skrin. Selepas langkah tersebut, tekan 'Sambung'.

    how to restore whatsapp on new phone
  • Sila mengesah akaun WhatsApp pada peranti lama anda. Hanya perlu masukkan kod negara dan nombor telefon anda untuk selesai langkah ini.

    how to restore whatsapp chat in new phone
  • Setelah proses pengesahan berjaya, peranti anda secara automatik masuk ke langkah seterusnya untuk cipta data yang akan dipulihkan pada peranti baru.

    how to restore whatsapp to new phone
  • Sekarang WhatsApp anda telah dipindah dengan sepenuh ke peranti baru, anda boleh semak peranti sasaran anda.

    how to restore whatsapp on new phone

Kesimpulan

Cara memindahkan chat WhatsApp ke HP baru tidak sesukar seperti yang difikir oleh orang ramai. Jika anda ikut panduan di atas, anda akan dapat selesai tugas ini dengan mudah. Yang paling penting ialah anda boleh buat sedemikian tanpa sebarang kesusahan apabila anda menggunakan iCareFone Transfer - alat pemindahan WhatsApp terbaik antara Android dan iPhone.

Urus Mesej WhatsApp Anda Dalam Perjalanan Anda
  • Pindahan WhatsApp dari iPhone 14 ke Android secara fleksibel;
  • Pindahan WhatsApp dari iPhone ke iPhone 14 secara fleksibel;
  • Sandaran iPhone WhatsApp ke PC/Mac Dengan Bebas dan Mudah;
  • Pulihkan Sandaran WhatsApp ke iPhone, iPad, Android;

  Dikemas kini pada 08-01-2022 / Dikemas kini untuk  Tentang WhatsApp

(Klik untuk menilai artikel ini)

(0 untian, purata: 5.0 daripada 5 )

Sertai perbincangan dan kongsi fikiran anda di sini